Isnin, 29 Jun 2009

Maklumat Lanjut Kes Suspek H1N1...

Kemarin 29 Jun 2009... ibubapa di Sekolah Pekan Satu gempar dengan berita kononnya salah seorang pelajar sekolah tersebut dijangkiti wabak selsema babi H1N1. Namun menjelang jam 3 petang Jabatan Kesihatan Labuan telah mengesahkan bahawa pelajar itu bebas H1N1.
Menurut sumber, pelajar yang disuspek H1N1 itu merupakan pelajar yang duduk berhampiran dengan seorang pelajar yang demam panas yang khabarnya baru balik dari Hong Kong bercuti. Tetapi hasil siasatan pihak kesihatan mendapati sudah lebih 30 hari pelajar itu tiba di Labuan melalui negara Brunei. Manakala pelajar yang disuspek itu pula menghidap penyakit asma.
Apa yang menarik berikutan peristiwa ini, ialah Jawatankuasa Bertindak H1N1 di Labuan terbukti sudah bersedia menghadapi ancaman wabak ini di Pulau Labuan. Hari ini Jawatankuasa ini telah meningkatkan tahap berjaga-jaga dengan membuat pemeriksaan suhu pelajar setiap hari di semua sekolah. Juga pihak pentadbiran sekolah turut menyediakan satu bilik kurantin di setiap sekolah untuk kegunaan petugas Jabatan Kesihatan jika berlaku peristiwa seperti semalam. Turut diperkemaskan pemerikasaan di pintu masuk ke Labuan.
Namun apa yang masih bermain di lubuk minda ini ialah, kenapa dunia gempar dengan kehadiran wabak ini? Mungkinkah ada agenda tersembunyi pemimpin Barat untuk menguji sejauh mana virus boleh menguasai dunia. Hari ini barat sudah terbukti berjaya menguasai media dunia, menguasai minda kita dan wabak ini sebagai bahan ujian untuk menghancurkan dunia..... MUNGKINKAH !

2 ulasan:

Meet Uncle Shah berkata...

luan banar jua ah, betapa pemikiran dinaungi sebuah pencemaran! heh!

Gagak berkata...

MUS tu la.. padahal selesma saja bah ni.. sama jua macam selsema burung dulu.. tapi itu dari Asia.. ni diorang test lagi dari benua Amerika untuk mengira berapa lama tempoh yang diambil untuk satu wabak sampai ke seluruh benua..Kalau ikut teori doktor H1N1ini baru anaknya saja.. ada kemungkinan H1N1 ini akan ditambah kekuatannya pada pasa yang ke-2 nanti.. Bayangkan....