Isnin, 12 Januari 2009

Bina Jambatan Labuan - Menumbok - Datuk Patrick Sindu CASH


Pelan Pembangunan Labuan 1997 - 2015 telah menyenaraikan pembinaan jambatan Labuan - Menumbok dan akan dilaksanakan oleh pihak swasta. Pada tahun lalu, satu kajian telah dilaksanakan oleh UMS, yang masih berlangsung sehingga kini dengan peruntukan sebanyak RM 5 juta oleh kerajaan persekutuan.

Pelbagai pihak menyembut baik pembinaan jambatan ini kerana ia memudahkan perhubungan penduduk Pulau Labuan dengan tanah besar Sabah. Jambatan ini juga akan dapat meningkatkan ekonomi penduduk Labuan dan dalam masa yang sama menjadi penyumbang kepada kestabilan harga barangan keperluan harian pengguna di Pulau Labuan.

Namun begitu, tidak juga dinafikan akan kesan negatif pembinaan jambatan ini. Antaranya berkemungkinan pasaraya yang terdapat di Pulau Labuan akan gulung tikar kerana pengguna lebih tertumpu kepada pasaraya di Kota Kinabalu untuk berbelanja.

Menjadi harapan penduduk Labuan dan tanah besar Sabah agar Jambatan ini akan tersenarai dalam Bajet 2010 yang akan diumumkan pada penghujung tahun ini. Namun begitu ini semua amat bergantung kepada suara pemimpin tertinggi di Labuan dan Sabah, terutamanya pemimpin politik dan NGO's.

8 ulasan:

MeeT uNcLe sHaH berkata...

Salam Gagak,
Ini pandangan saya sebagai anak jati/belia Labuan. Tidak saya nafikan, projek pembinaan jambatan Labuan-Menumbok adalah salah satu projek yang benar-benar diinginkan/dihajati bagi bagi YB Ahli Parlimen, peniaga, juga penduduk Labuan.
Berdasarkan apa yang saya fahami, pembinaan jambatan ini akan membuka satu lembaran baru 'produk' pembangunan Labuan setelah kegagalan membangunkan Pusat Pentadbiran Persekutuan(kini bangunan UMS-KAL) satu masa dahulu.
Memang benar, ianya sedikit sebanyak mendatangkan kebaikan kepada penduduk Labuan terutama kepada peniaga/pengusaha/kontraktor tetapi lebih banyak buruknya dari kebaikan.
Implikasi paling ketara ialah, status Labuan sebagai Pulau Bebas Cukai akan terhapus sedkit demi sedikit. Penguatkuasaan imigresen, KDRM yang lemah adalah satu faktor pemangkin kepada perubahan status Labuan akan datang.
Saya hairan, kenapa ianya disuarakan oleh CASH; kenapa bukaan wakil rakyat terbabit??? Sejak ia diperkenalkan sebagai projek gergasi, CASH seolah-olah menjadikannya sebagai satu isu politik dan menyalahkan kerajaan terbabit kerana lambat bertindak.Apakah ada yang tersirat disebalik 'perjuangan' CASH???
Saya bukan menilai isu ini atas dasar politik tetapi demi kepentingan anak Labuan akan datang. Apakah yang akan mereka warisi jika satu demi satu hak mereka ditarik tanpa disedari.
Sama-sama kita fikirkan...

Gagak berkata...

MUS.. ada benarnya pandangan saudara.. tapi status bebas cukai yang sudah berpuluh tahun di berikan kepada Labuan tidak mendatangkan apa-apa erti kepada penduduk tempatan, yang mengaut keuntungan dari status ini ialah peniaga minuman keras, rokok dan kedai hiburan malam, peniagaan seks juga semakin berkembang..ramai sudah yang bergelar jutawan di kalangan mereka..Akibat bebas cukai jugalah rakan-rakan penguatkuasa terdedah kepada kelemahan..
Tapi saya setuju.. kenapa CASH yang cakap, kenapa bukan pemimpin Labuan, Hairankan...

BELIAKU berkata...

meet uncle shah..
saya pernah terdengar kata-kata di kalangan pemimpin labuan bahawa pembinaan jambatan tersebut sebenarnya akan mengembangkan lagi ekonomi di labuan. secara logik mungkin juga kata-kata itu betul kerana para peniaga yang sedia ada di labuan akan mengambil inisiatif untuk bersaing dalam penentuan harga barangan. dalam teori permintaan dan penawaran pun semakin rendah harga, maka semakini tinggi pula permintaannya. kalau dilihat dari sudut positif, rasanya ramai yang akan masuk ke labuan untuk mendapatkan harga yang lebih murah. itu secara logik kalau difikir. tapi secara realistik, bolehkah peniaga kita disini menurunkan harga..?

Gagak,
peniaga minuman keras, rokok dan kedai hiburan malam, peniagaan seks yang ada dilabuan ni sebenarnya diwujudkan khas untuk pelabur luar, pekerja asing, dan untuk pengunjung labuan yang bukan melayu/islam. tapi hakikatnya sekarang, golongan belia kita pula yang menggunakan kemudahan tersebut. jadi siapa yang mesti disalahkan? pihak PBT? pihak berkuasa? atau pemimpin kita?

Gagak berkata...

Beliaku.. tahniah..kepimpinan belia seperti anda akan menjadikan permandangan di Pulau Labuan lebih indah dan nyaman untuk di hirup udaranya pada masa akan datang.. teruskan berfikir dan berjuang...

BELIAKU berkata...

Gagak,
jangan lupa membaca isu terbaru belia labuan di
www.labuanyouth.blogspot.com

MeeT uNcLe sHaH berkata...

Salam Semua,

Gagak,
Apa yang saya fahami, CASH seolah-olah mahukan "keuntungan lebih" hasil "perjuangan" mempertahankan hak peniaga-peniaga.
apa yang menjadi tanda tanya, bukan hak peniaga Labuan, tetapi peniaga Cina Sabah.

Saya bukan ekstrimis Melayu/Rasict, tetapi ianya sedikit sebanyak menyentuh kepentingan peniaga Labuan dimana akan jadi seperti hidup segan mati tak mahu, jika projek ini diteruskan!!!

Apa pula nasib anak tempatan???
Kita sendiri da jangkakan... Melawat blog Belia Labuan, sebentar tadi, terasa sedikit kegusaran di hati. Betapa tandusnya pemimpin yang benar-benar menjiwai rakyat!!!

Gagak berkata...

MUS... terdapat sedikit pertembungan kuasa politik di Labuan ketika ini.. antara kepimpinan UMNO Bahagian dengan Ahli Parlimen tidak seiringan.. Pemimpin bukan Melayu pula pandai bermain sendiwara.. yang tersempit rakyat pertengahan, kerana tidak tahu mana yang benar dan salah..

MeeT uNcLe sHaH berkata...

Salam Gagak,

Apa yang saya gusarkan mengenai itu lama sebelum kemenangan YB Datuk Yusuf Hj. Mahal menjadi kenyataan!!!
Hairan dan peliknya, urang kitani ani suka lagi berkelahi dari mendamaikan...