Ahad, 14 Disember 2008

WARGA ASING - KEPERIHATINAN KERAJAAN ATAU PESAING GENERASIKU..

Hari ini hampir semua akhbar tempatan di Sabah menyairkan tajuk " Doktor Hadapi Tekanan Teruk di Sabah, Sarawak". Berita yang dipetik dari Bernama ini menyebut doktor kerajaan di Sabah dan Sarawak menghadapi delima sama ada untuk merawat atau tidak bukan rakyat Malaysia mengikut keperluan klinikal mereka. " Tetapi sebagai doktor, kita dilatih hanya untuk merawat pesakit yang datang kepada kita dengan kemampuan yang terbaik dengan sumber-sumber yang ada dan kita tidak mendiskriminasi " kata bekas pengerusi Jawatankuasa Etikal Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Datuk Dr. Ravindran Jegasothy.
Beliau bersetuju bahawa peruntukan sumber adalah sesuatu doktor yang hadapi dalam menjalankan amalan mereka setiap hari. Bagaimanapun, keadaan di Sabah dan Sarawak berlaku akibat kebanjiran warga asing sehingga mereka menafikan sumber penjagaan kesihatan yang diperlukan rakyat Malaysia yang telah memburukkan lagi peruntukan sumber.

Itu adalah antara petikan dari akhbar tempatan di Sabah hari ini, namun ada perkara yang lebih penting yang perlu difikirkan bersama. Warga asing - antara keperihatinan kerajaan dan pesaing kepada generasi ku. Masalah kebanjiran warga asing di Sabah dan Pulau Labuan bukan satu perkara yang baru, sudah berpuluh-puluh tahun masalah ini wujud. Namun yang ganjilnya, jumlah warga asing ini bukan berkurangan malah bertambah setiap tahun, walaupun pelbagai usaha dilakukan oleh kerajaan untuk mengurangkan jumlah mereka.


Mereka ini sanggup hidup susah, semata-mata untuk mencari rezeki di Bumi Malaysia. Berkat kesabaran mereka ini, hasilnya kini ramai sudah anak-anak mereka yang bersekolah, mendapat sijil kelahiran bersatus warga asing, malah tidak dapat dinafikan sudah ada generasi mereka yang mendapat status warganegara. Yang terbaru, pengeluaran kad pengenalan merah dan hijau, apa lagi berduyun-duyun la mereka membanjir Jabatan Pendaftaran di Sabah dan Labuan beberapa minggu yang lalu.

Natijahnya, mereka ini bakal menjadi pesaing kepada genersai ku. Beza yang amat ketara ialah, genarasiku sudah hidup senang selama lebih 50 tahun, generasiku amat takut akan kesusahan dan amat sedikit nilai kesabarannya, sedangkan mereka bagi mereka kesusahan adalah perkara biasa, kesabaran adalah nikmat. Sedarlah wahai pemimpin bangsaku, perjuangkan lah nasib generasi mu ini, atau kita akan menyaksikan sejarah OBAMA di Amerika akan tercatat di Bumi Sabah.

2 ulasan:

Panglima Perang Cyber berkata...

salam..

apa kata join jadi team BPN ?

nanti jawab di blog saya ok?

tq n salam.

Tanpa Nama berkata...

emm rupanya byk ye mslh pendatang asing di Sabah,agaknya mengapa diorang bertmbh ramai..jgn sampai mereka menjadi calon pilihanraya pula nanti..