Ahad, 21 Disember 2008

GERGITAN - Edisi Sabah / Labuan

Gergitan Edisi Sabah Labuan dijangka akan menemui peminat majalah humor pada penghujung bulan Januari 2009. Ketika ini kartunis gergitan sedang giat berkarya untuk menghasilkan karya beridentitikan atau menggunakan imej Labuan. Antara tempat yang menjadi sumber ilham kartunis ialah Taman Burung Labuan, Chmeny, Kompleks Ujana Kewangan Labuan dan beberapa tempat lagi. Watak kartun juga menggunakan nama watak tempatan seperti Awang, Borjo, Dayang dan sebagainya.

Kartunis Li Batak ( bekas kartunis majalah Gila-Gila), merupakan ketua editor dan merupakan pemilik Majalah Humor ini. Usaha juga sedang dilakukan untuk membawa kartunis Patai dari Majalah Ujang untuk menyertai team ini.
Team gergitan dijadulkan akan ke W.P Labuan pada 3 & 4 Januari 2009. Usaha untuk menemui kartunis Labuan masih belum menampakkan hasil. Kami berharap sekurang-kurangnya ada satu karya yang dihasilkan oleh kartunis Labuan untuk edisi ini. Namun begitu tarikh cetakan semakin hampir.

6 ulasan:

JKKK berkata...

salam dan tahniah untuk Gagak..
jangan lupa berkarya di kampung kami, kerana banyak sejarah yang boleh dikongsi bersama.
Selamat maju jaya utk team gergitan dan gagak.

Ramlen Salleh berkata...

JKKK BM.. sebetulnya team gergitan memang mengunjar cerita-cerita orang lama-lama Labuan yang boleh dijadikan tauladan kepada anak-anak muda yang jajal-jalal karang ani atu..harap-harap golongan ini boleh menerima penyampaian dalam bentuk animasi yang lebih menghiburkan.. nanti jangan lupa beli majalah kami ah.. TQ.

Panglima Perang Cyber berkata...

Ajakan bersatu dengan BPN, team blogger pembela negara.

Mari ke blog saya http://penembak-tepat.blogspot.com

atau lihat di blog rasmi bpn http://parlimenbpn.blogspot.com.


Salam perpaduan...

Ramlen Salleh berkata...

Penembak Tepat ... Terima Kasih. Saya dah save logo BPN.. Teruskan..

BELIAKU berkata...

Assalamualaikum.
Gagak dan Krew Gergitan,
Belia yang berbakat boleh join?

Ramlen Salleh berkata...

KALAS YOUTH.. team gergitan akan buat promosi di Ujana Kewangan pada 3 & 4 Januari ni.. datanglah..orang kitani jua bah yang urus buku ni, kalau kan join tu, No Problem bah..