Isnin, 17 November 2008

UMNO GERAKAN REFOMASI

Mengenang nasib rakan-rakan ku di Pemuda UMNO Labuan, terdetik dihati ini untuk berkongsi coretan dan pesanan daripada angkatan yang lebih dewasa di dalam UMNO. Walaupun diri ini bukannya ahli UMNO yang berdaftar namun perjuangan UMNO adalah cukup sebati di dalam diri ini. Bukan kerana tidak ingin mendaftar tetapi kerana kelempok kami ( Gagak )belum menemui pemimpin yang benar-benar berjuang untuk UMNO di bumi Labuan.

Kami pernah menerima pesanan daripada angkatan dewasa dalam UMNO, yang UMNO bukanlah sekadar sebuah organisasi. Tetapi UMNO adalah sebagai satu amanah perjuangan, mewarisi satu tanggungjawab terhadap bangsa, terhadap negara, terhadap agama. UMNO bukan semata-mata bertujuan untuk memerintah dan membangunkan negara ini, tetapi UMNO lebih daripada itu. UMNO adalah suatu gerakan refomasi atau gerakan pembaharuan bangsa Melayu dan Bumiputera yang lebih mampu dan berkesan daripada mana-mana gerakan refomasi yang lain. Menentukan kejayaan orang Melayu adalah wadah perjuangan dalam UMNO.

Generasi muda dalam UMNO semakin terpelajar, semakin berkemahiran. Sumbangan generasi muda ini amat diperlukan dalam usaha membina bangsa yang maju dan negara yang berjaya. Namun seringkali perhitungan generasi terpelajar dan berkemahiran ini tersilap, kerana UMNO parti politik yang memberi peluang kepada orang tertentu untuk mendapat jawatan dan tempat yang tinggi dalam negara.

Wahai sahabat-sahabatku Pemuda Labuan, tidak pernahkah kalian terfikir tentang peluang yang terbuka luas kepada pemimpin UMNO Labuan untuk menonjolkan diri. Hampir semua cawangan dan bahagian UMNO seluruh negara sedang bergolak ketika ini, Kenapa kita yang kerdil dan kecil ini tidak bersatu ? Kenapa kita perlu melakukan perubahan ketika ini ? Kenapa tidak tunggu tahun hadapan atau tahun yang mendatang ? Bukankah lebih elok kalau Bahagian UMNO Labuan tidak bertanding, mencipta rekod, menjulang pemimpin tempatan. Kita yang kerdil dan kecil ini bermusyarah. Menonjolkan diri dalam pergolakan yang berlaku. Bukankah ini jalan yang lebih mudah untuk kita merebut jawatan dan tempat tertinggi dalam negara. Bermusyarahlah sahabat-sahabatku demi anak bangsa kita akan datang....

Pak Lah pernah berpesan " UMNO tidak akan jatuh oleh tenaga luar, tetapi UMNO akan jatuh dan tumbang oleh perbuatan dari ahli-ahli UMNO sendiri ".

Gagak juga hairan kenapa orang Melayu sudah mula takut untuk mencium Keris Melayu ?










3 ulasan:

Al-Rashid Zulkefli berkata...

"gagak"
benar..perjuangan UMNO Dato onn meliputi kepentingan melayu sebenarnya. Namun, keangkuhan umno sekarang kerana mereka adalah terpelajar!!!!
hahaha!!! Alhamdulillah, masih ada kesedaran dihati saudara mempertahankan org melayu labuan.
sbg ank jati labuan,aku jg berharap agar remaja labuan digerakkan bersama gerakan melayu lain!!!
sedarlah, MELAYU ku!!!! kita semakin tertindas!!!

a.d.a.m. berkata...

"gagak"
sebagai seorang Melayu labuan ADAM juga rasa seperti GAGAK. Jika hari ini, kita melihat perebutan kuasa; akan datang binasalah melayu!!!
kerana, ia pasti jadi tradisi buat waris-waris mereka!!!

Ramlen Salleh berkata...

TQ.. Sahabat-sahabatKu..Mari kita bersama-sama gerakkan Tunas dalam UMNO agar tidak terlalu terpengaruh dengan tarian & hasutan mereka yang bukan dari Labuan.. Gagak setuju dengan ADAM.. jika tidak muncul pemimpin Melayu Labuan yang benar-benar menjunjung Keris Pejuang Melayu UMNO dalam waktu terdekat.. parti ini akan menghitung hari untuk rebah di bumi Labuan...