Ahad, 23 November 2008

POLITIK ORANG KITA " MELAYU "

Seperti tahun-tahun sebelumnya, ramai pasangan dan ibubapa yang memilih musim cuti sekolah sebegini untuk melangsungkan majlis kenduri kahwin anak dan bagi pasangan pastinya memulakan kehidupan alam baru sebagai pasangan suami isteri merupakan permulaan yang cukup indah.

Kelompok gagak, ada mengunjungi beberapa kenduri kahwin pada hunjung minggu yang lalu. Sempat la membuat tinjuan rambang tentang isu politik di Labuan. Ternyata isu Pemuda Labuan merupakan isu yang paling hangat diperkatakan. Gagak belum sedia berkongsi ramalan keputusan kelompok gagak berhubung persidangan yang berlangsung pada hunjung minggu ini ( ada bertemu secara tidak sengaja dengan beberapa perwakilan pemuda yang juga merupakan kawan sekolah dan saudara-mara ). Apa yang gagak ingin kongsikan di sini ialah persepsi kami tentang politik orang kita " Melayu ".

Mungkin anda bersetuju dengan persepsi yang kami catatkan iaitu pengertian Politik demokrasi orang Melayu iaitu jalan yang mudah untuk mendapat sesuatu bagi diri sendiri. Sedikit usaha yang dibuat , tetapi keuntungan yang diperolehi amat besar.

Oleh yang demikian perebutan tempat menjadi keutamaan. Keupayaan untuk berkhidmat kepada kebaikan bangsa, pembangunan kawasan dan memperjuangkan agama menjadi agenda kedua atau tidak penting.

Perebutan tempat yang berlaku adalah merupakan punca utama kepada keruntuhan akhlak pemimpin yang kurang bijak, tamak dan rakus. Kawan yang menolong kita caci, sanggup kita jatuhkan, rasuah dihulur, agama diputarbelitkan, bangsa dipecahbelahkan, dicantas, dikebas yang penting cita-cita besar dapat di dakap.

Untuk kita menjadi bangsa yang Madani kita perlu lebih beretika dan berdisiplin......




2 ulasan:

PeminatJutawanMalaysia berkata...

gagak...saya pun agak risau dengan situasi sekarang ramai yang mengejar kuasa untuk keuntungan sendiri...saya bimbang kepentingan rakyat dilupakan..akhirnya bangsa kita hancur...

Gagak berkata...

Terima Kasih PeminatJutawanMalaysia...