Ahad, 16 November 2008

POLITIK KETAM



Sang Ketam tidak pernah akan memberi ruang kepada ketam yang lain untuk keluar daripada bakul. Sudah menjadi sifat dan gaya Sang Ketam yang sentiasa akan menggunakan tangan yang kuat dan besar menarik rakan Ketam lain untuk sentiasa berada dalam bakul yang sama walaupun pada hakikatnya terdapat Ketam yang mempunyai peluang untuk berada di luar bakul.

Ketam-ketam ini tidak sedar sesungguhnya adalah perlu untuk mereka saling bantu-membantu antara satu dengan yang lain untuk keluar. Bukannya asyik menunjukkan Kekuatan dan Power tangan BESAR yang menjadi kebanggaan mereka untuk menyepit bagi memastikan hanya dia yang boleh keluar.

Mungkin juga Ketam ini ingat dengan Tangan Yang BESAR dan POWER orang akan takut dan gerun walaupun berada dalam Bakul ! Tidak juga dapat dinafikan, Ketam-Ketam yang lain akan gerun dan takut dengan Penyepit dan POWER tetapi hanya dalam kelompok Ketam sahaja la... dalam erti kata yang lain hanya bersaing dalam kumpulan Ketam sahaja la !

Bukankah lebih baik Ketam yang ternyata berkebolehan , Strong dan Power dihantar keluar dan bersaing di peringkat yang lebih tinggi dan disokong oleh Ketam-Ketam yang lain. Sekurang-kurangnya dia berjaya mencipta sejarah bagi bangsa Ketam dan dapat memperjuangkan nasib, dan paling tidakpun merintis jalan kepada anak-anak Ketam yang lain.

Dulu guru saya selalu cakap Ketam Cina lebih baik dari Ketam Melayu, tetapi sekarang ni macam sama sahaja perangai Ketam Cina dan Melayu ni.






4 ulasan:

Al-Rashid Zulkefli berkata...

jgn salahkan ketam plak klu menyepit kita...
hehehe...
mmg tu la adatnya dunia...lupa daratan apabila di puncak kuasa...
anyway,satu kiasan yang cukup menarik

Ramlen Salleh berkata...

Tq..meet uncle shah.. tapi gagak sedih tenguk Tunas UMNO Labuan yang agak rakuskan kuasa.. Sepatutnya mereka berjuang untuk kepimpinan UMNO Bahagian, merubah corak dan rupa kepimpinan masa hadapan.. Gagak akan catatkan cetusan hati ni dalam catatan bertajuk " UMNO Gerakan Refomasi "

Tanpa Nama berkata...

emm satu penulisan yang sinis tp bermakna..bagus penulisan gagak...tu la byk yg pentingkan pengisian jawatan berbanding pengisian parti dan seterusnya negara itu sendiri...skrg dah tak kira kaum,tak kira parti semua berlumba-lumba rebut jawatan...dunia-dunia

Al-Rashid Zulkefli berkata...

"gagak"
begitulah adatnya bila memegang puncak kuasa!!!!