Selasa, 18 November 2008

KESUSAHAN..



Hari ni gagak akan cuba menunjau kubu-kubu sahabat-sahabat Pemuda Labuan. Teropong gagak bagitahu sudah ada kubu-kubu yang dibina untuk pertarungan yang mungkin berlaku 29 November nanti...

Pagi ni gagak catatkan tentang Topik Kesusahan.. mungkin berguna sebagai motivasi kepada rakan-rakan, sahabat-sahabatku dalam melayari kehidupan ini....

Setiap insan di muka bumi ini pastinya inginkan kesenangan dan kebahagian. Namun peribahasa Melayu ada menyatakan perihal Matahari yang terbit di pagi hari tidak menjanjikan cuaca panas hingga ke petang. Kesenangan dan kebahagian yang kita nikmati hari ini tidak bermakna ia akan terus kekal bersama kita hingga ke akhir hayat. Pasti ada satu detik yang kita akan mengalami keadaan yang bertentangan dengan apa yang kita mahukan. Bila mana ini berlaku budaya kita sering mengistilahkan ia sebagai kesusahan atau masalah dan dalam konteks yang lebih besar ia dikenali sebagai krisis atau bala.

Terdapat pelbagai istilah dan ciri kesusahan wujud dalam kehidupan kita. Anda perlu mendapatkan maklumat lebih lanjut berhubung dengan perkara ini dari pakar motivasi. Apa yang ingin saya kongsikan dengan anda ialah perjalanan saya berhadapan dengan kesusahan yang sering wujud merintangi jalan-jalan yang saya lalui setiap hari. Ianya umpama duri yang menembusi tapak kasut menyucuk kulit kaki sehingga menitiskan darah yang menjadi sumber tenaga dalam badan kita. Kadangkala ia tidak mendatangkan kesan sekadar menitiskan darah sahaja, tetapi ada kalanya ia mendatangkan kesakitan yang amat sangat sehingga kita tidak mampu untuk bergerak berhari-hari. Sekiranya ini berlaku pasti perjalanan kita akan tertangguh. Inilah perumpamaan kesusahan yang sering saya amali sebelum ini.

Saya pasti anda pernah mendengar perihal kewujudan di dunia ini adalah berpasangan. Pasangan pula sering bertentangan itu mewujudkan satu persamaan. Misalnya Matahari dan Bulan. Wujud berpasangan tetapi bertentangan. Cerah dan gelap. Matahari terbit pada siang hari dan Bulan pada waktu malam. Dalam dunia percintaan Bulan lebih membawa makna yang indah berbanding dengan Matahari yang panas membara.

Namun dengan ilmu pengetahuan sains dan metodologi hasil daripada penyelidikan dan kajian, kini Matahari dan Bulan sudah tidak lagi dibezakan tetapi merupakan satu persamaan yang menzahirkan kesejehtaraan alam. Bulan mendapat cahaya daripada Matahari berperanan membekalkan cahaya kepada alam ini, khidmat ini tidak mungkin dapat diberikan oleh unsur alam yang lain selain daripada Matahari dan Bulan.

Sewaktu zaman kanak-kanak saya takut untuk bergerak pada waktu malam dan akan merasa gembira apabila siang hari. Saya percaya ramai rakan-rakan saya juga merasakan begitu satu ketika dahulu. Namun dengan peningkatan usia dan ilmu pengetahuan saya pasti anda telah berubah. Melakukan kerja pada waktu siang dan malam sama sahaja.

Apabila anda membaca sehingga ke peranggan ini saya pasti anda telah menyerap mesej yang ingin saya sampaikan tentang kesusahan dan masalah yang sering menghalang pergerakan kita untuk meneruskan perjalanan harian. Masih belum jelas lagi !! anda harus yakin dan percaya sesungguhnya kesusahan dan kesenangaan, penyakit dan sihat dan apa sahaja perkara yang asasnya bertentangan dan berpasangan, ia sebenarnya adalah satu persamaan dalam hidup kita. Umpama Matahari dan Bulan yang telah saya nyatakan tadi. Apa yang perlu ialah menambah ilmu pengetahuan dan hasilnya kita akan dapati apa yang menyusahkan kita selama ini sebenarnya merupakan KUNCI PINTU kepada kebahagian yang kita cari-cari selama ini.


Guru Gagak Pesan .. setiap pertarungan akan menghadapi kesusahan...








4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

penulisan yang menarik dan tidak akan terlepas kita dalam menghadapi kesusahan sebelum kesenangan

en_me berkata...

salammm abang gagak ittewww..

Al-Rashid Zulkefli berkata...

kesushan yang pasti mengajar kita sesuatu!!! bukan shj kpd diri ttp juga kpd bangsa!!!

Ramlen Salleh berkata...

Tq.. Bro.. hari ni gagak nak kongsi tentang Wang & Manusia.