Ahad, 2 November 2008

Jual Labuan Kepada Wilayah Persekutuan

Wahai anak jati Labuan, tahukah kamu usaha sedang hebat dilaksanakan oleh pentadbiran Persekutuan untuk mengambil alih Pulau Labuan sepenuhnya, termasuklah menghapuskan suku kaum yang menjadi identiti Labuan berkurun lama menjadi satu iaitu Bangsa Melayu Bangsa Malaysia.

Apa Bukti dakwaan ini ? Buktinya, lihat sahaja Bendera Wilayah Persekutuan telah berkibar dengan megahnya di tiga buah Wilayah Persekutuan ( Bendera Labuan terpinggir ) Lihat lagi.. Akta Wilayah Persekutuan telah mula dikuatkuasakan.. Jabatan Persekutuan telah mula disatukan. .. hasilnya jabatan persekutuan di Labuan hanya berstatus cawangan atau bahagian, pentadbiran sepenuhnya di seberang lautan...

Persoalannya apa untungnya bagi kita penduduk asal Labuan ? Dan berapa banyak feadahnya serta untungnya kepada rakyat Wilayah Persekutuan dan Semenanjung yang terbukti jauh lebih maju dan pintar daripada pemimpin Ulung Pulau Labuan.

Kemana Pemimpin UMNO pada ketika ini ? Tidak bolehkah UMNO Labuan berkata-kata tentang nasib anak suku kaum Labuan yang pasti terJUMUT jika tidak dibela. Pernahkah terpandang oleh pemimpin politik Labuan yang Perliman Labuan bakal menjadi hanya sebuah kerusi ADUN dalam kerajaan Wilayah Persekutuan.

Tiada ulasan: